Saturday, June 4, 2011

CATITAN PERTAMA

assalam....

pertama sekali aku mengucapkan kesyukuran pada ALLAH kerna dia kurniakan aku kehidupan lagi pada aku....
sebenarnya aku ada kesempatan untuk menulis sedikit perihal kehidupan aku yang munkin setengah orang anggap semua ini adalah perkara biasa berlaku dalam kehidupan

sebenarnya bila kita berhijrah dari kampung halaman kita,kita pasti akan menghadapi banyak pengalaman yang manis mahupun yang pahit,tapi inilah di namakan kehidupan....semakin tua kita semakin banyak tanggungjawab kita...tanggungjawab pada ALLAH dan tanggungjawab kita pada keluarga...

aku orang biasa yg tak lari dengan masalah..tapi semakin banyak masalah aku,aku banyak belajar akan keinsafan....betapa kecilnya kita di bandingkan dengan orang lain....kekadang tu aku rasa malu dengan apa yg telah aku lakukan sebelum ini...tapi semuanya mengajar aku akan erti jangan berputus asa...

aku di besarkan dalam dunia kepayahan dan perpecahan...kepayahan ibu dan bapa aku membesarkan anak2 mereka...dan sampai satu tahap bila kapal mereka pecah di tengah pelayaran...kami anak2 terumbang ambing untuk meneruskan kehidupan...

aku masih bersyukur apa yg telah berlaku dalam keluarga aku...sekurang2nya ia mengajar aku dan adik2 aku akan semangat berjuang...walaupun hakikatnya amat pedih sekali sebagai anak bila melihat ibu dan ayah kita berpisah tapi itu adalah satu dari beribu masalah yang aku hadapi sepanjang umur aku 35 tahun ini...

bila aku berjumpa dengan jodoh aku...aku keluar dari kampung halaman aku untuk mencari pengalaman yg baru untuk kehidupan aku....aku tenang bila hidup di sini tapi masalah dalam perniagaan kekadang hampir membuat aku hilang pertimbangan...mujur aku punya bini yang memahami....dia la semangat aku untuk aku berjuang untuk meneruskan perjuangan aku dalam perniagaan....

karenah kawan2 di sini juga banyak membuatkan aku sedar..ALLAH menjadikan manusia berbagai rupa dan bentuk dan lagi berbagai perangai....aku la sendiri kena bijak menyesuaikan keadaan untuk mengekalkan keharmonian persahabatan...

ini la antara rencah2 kehidupan aku untuk aku kongsikan bersama sahabat2 yg lain..munkin dengan cara ini kita sama2 akan ambik iktibar dengan apa yg aku telah alami.....

CATITAN PERTAMA
perniagaan aku semakin pulih..insyallah dengan izin ALLAH munkin perniagaan aku akan keluar dari faktor kegagalan..alhamdulillah permohonan aku mendapatkan lot MARA berhasil...kemunkinan dengan perpindahan lokasi akan menambahkan lagi rezki untuk perniagaan aku ini dan yang pasti dari segi kos sewa aku dapat mengurangkan sebanyak 60% dari sewa aku tanggung sekarang.....dan apa yg lebih menarik aku hanya berpindah selang beberapa pintu dari kedai aku yg sekarang
kedai kedua aku juga selepas aku mengrekrut seorg pekerja sudah nampak membuahkan hasil..walaupun masih baru tapi peningkatan pendapatan seharian boleh membuatkan aku tersenyum,yang pasti ia mendatangkan kesan positif pada perniagaan aku yg kedua ini..alhamdulillah

kehidupan aku masih peringkat memperbaiki jati diri...masih banyak kelemahan...tapi aku masih berusaha untuk menjadi orang yang baik...munkin cita2 dan impian aku akan tercapai dalam masa 10 tahun lagi walaupun hakikatnya aku meletakkannya dalam masa 5 tahun...insyallah kalau aku keja keras lagi pasti impian aku akan tercapai....

dan yang pasti datangnya bulan june ini aku telah mengabdikan diri aku untuk mak metua aku,membawa dia kemana sahaja jemputan kawin yang perlu mak metua aku hadiri...selepas semalam 4 kenduri kawin aku pergi dan hari ni aku akan pergi membawa mak metua aku ke batu kurau,taiping untuk menghadiri kenduri kawin.....

dan ini la permulaan catitan ku.....

0 comments:

Post a Comment