assalam
pagi ni aku sudah berada di bandar baru bangi.."kampung halaman" aku....bila aku sedar aku menghirup udara bandar baru bangi..jiwa aku seolah2 muda..semua kenangan pahit dan manis berlegar di depan mata aku....
kerinduan aku terubat bila aku menjejak kaki aku kesini...seolah2 semua masalah aku sudah tiada dalam benak pemikiran aku...ianya seakan2 membohongi pemikiran aku sendiri tapi aku sendiri berasa senang bila pulang ke sini....
pukul 5 pagi lagi aku sudah terbangun dari tido,seolah2 rumah lama aku ni "mengejutkan" aku dari lena agar aku buat subuh berjemaah d surau sebelah rumah aku ni....
sebenarnya "kampung halaman" aku ni memang mendamaikan aku secara fizikal dan mental aku...memang cukup mengasyikkan bila berada di kampung halaman aku ni...kemunkinan ini munkin d alami dengan semua orang bila dah lama tidak pulang kampung...
dunia ini memang aneh,tapi keanehan itu la mencantikkan dan mencorakkan kehidupan kita dan segelintir dari kita menganggap dunia ini umpama syurga bagi mereka...ya,siapa yang tidak menganggap mcm tu...pasti mereka suka menggelar dunia ini seumpama syurga bagi mereka kerna mereka miliki kemewahan dunia
biarkan mereka dengan prinsip mereka,yang pasti aku lebih gembira bila aku berada di sini...di sini kampung halaman aku....kampung halaman aku bukan la di penuhi dengan rumah kayu tapi hanyalah sederatan rumah batu yg sudah siap di bina hampir 35 tahun dahulu....
dulu satu ketika kampung aku ni satu kawasan baru yg,macam kampung hantu bila raya menjelma....hanya 2 3 keluarga sahaja yang tidak pulang ke kampung mereka kerna ini la kampung mereka..tapi sekarang sudah meriah kerna memang di sini la kampung halaman mereka..bila anak2 sudah besar dan org tua di sini punyai cucu dan cicit....
meriah jadinya bila syawal menjelma....ini la kampung halaman aku....walaupun hakikatnya di bukan la kampung....tapi aku masih merasakan ketenangan kampung aku ni lebih tenang dari kampung yg betul kampung.....aku sayang akan ketenangan kampung aku...JALAN ENAM,BANDAR BARU BANGI
0 comments:
Post a Comment